Thursday, 9 November 2017
FFA231; Mechanics of Motions: Analyzing Characters.
Pada kelas terakhir, kami menonton animasi bertajuk Toy Story. Kami diminta memilih karakter kegemaran dan huraikan mengenai karakter tersebut.
Karakter
Saya memutuskan untuk memilih Slinky Dog sebagai karakter kegemaran. Saya memilih Slinky Dog kerana penciptaannya yang unik.
Ciri-ciri
Di dalam Toy Story, karakter Slinky Dog hanyalah sebagai tambahan. Namun, wataknya memberi kesan yang banyak. Slinky dog ialah anjing yang baik, peramah dan suka bermain. Sikapnya lebih baik berbanding permainan lain. Dia juga sangat mempercayai Woody dan sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu rakannya dalam kesusahan.
Peranan
Slinky Dog ialah watak tambahan di dalam animasi Toy Story ini. Di dalam animasi ini, Slinky Dog lebih rapat dengan Woody berbanding permainan lain.
Matlamat
Slinky hanya lebih kepada watak tambahan jadi wataknya hanya menyokong Woody serta memberikan kepercayaan kepada Woody.
Ketakutan
Dalam animasi ini, ketakutan Slinky tidak menonjol kerana Slinky hanyalah watak tambahan. Slinky ada menunjukkan ketakutannya dalam babak apabila Woody ingin membuang Buzz lightyear. dan juga takut mereka akan berpecah.
Exaggerated Traits
Exaggerated Traits yang ada pada Slinky ialah dia sangat sangat peramah dan spring pada badannya boleh membantu bila dalam kesusahan. Spring nya juga sangat fleksibel. Slinky anjing yang sangat bijak dan suka menolong rakannya.
Hubungan
Slinky ialah permainan Andy dan hubungannya dengan permainan Andy yang lain ialah kawan. Slinky lebih rapat dengan Woody berbanding yang lain membuatkan hubungan nya lebih erat bersama Woody.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment