Pada kelas kali ini, kami diminta memilih sekeping kad secara rawak didalam kotak yang dihulurkan. Selepas memilih, kami diminta untuk mencipta sebuah lakonan mengikut watak yang terdapat pada kad tersebut. Aktiviti kali ini dijalankan secara individu dan tidak berpasangan seperti aktiviti aktiviti sebelum ini.
Selepas memilih kad tersebut, saya mendapat watak yang suka menipu. Selepas saya mendapat watak ini saya mencipta sebuah cerita yang di mana saya berjumpa dengan rakan saya dan mengajaknya ke Sunway Lagoon. Di situ saya menokok tambah perkara yang tidak masuk akal.
No comments:
Post a Comment