Saturday, 14 October 2017

WEEK 3 : MECHANICS OF MOTION

BE THERE

Aktiviti kali ini, kami harus memilih haiwan dan mesti memahami habitat haiwan tersebut seolah olah kami ialah haiwan tersebut. Setelah memilih haiwan, kami mestilah menceritakan serba sedikit mengenai haiwan yang dipilih.



Merujuk kepada gambar di atas, saya memilih koala. Pada awalnya, hanya kucing yang terlintas di fikiran saya. Namun secara tiba tiba saya memilih koala. Mungkin kerana kecomelannya. Fakta mengenai koala ialah, Koala mampu tidur sehingga 18 jam sehari. Koala juga boleh melompat sehingga 150 kaki. "Koala" bermaksud tidak minum air. Koala juga tidak suka hidup berkelompok. Koala lebih suka menyendiri. Walaupun apabila dikaji semula hanya ada beberapa persamaan, namun Koala tetap pilihan.

MINIMAL WORDS OF ACTING

Aktivit ini harus dilakukan tanpa menggunakan terlalu banyak dialog. Kami bebas memilih apa apa situasi ketika melakonkan aktiviti ini. Di dalam aktiviti ini, salah seorang mestilah menjadi "stranger".


Aktiviti kali ini, saya memilih Hafiq sebagai pasangan. Kami merancang untuk mengadakan situasi di mana seorang lelaki berlari dalam keadaan kelam kabut untuk mengejar keretapinya. Ketika laki tersebut buntu, dia mengambil keputusan untuk bertanya perempuan yang duduk di bangku penunggu. Di dalam pertanyaan tersebut, lelaki tersebut sedikit "flirt" dan akhirnya apabila train sampai perempuan tersebut pergi. Aktiviti ini mengajar untuk melakonkan sesuatu tanpa menggunakan banyak dialog.


CREATE AN ENVIRONMENT

Aktiviti ini dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap ahli kumpulan mempunyai tugas masing masing. Aktiviti ini lebih kepada "sound effect" untuk menunjukkan situasi dengan lebih jelas.



Di dalam aktiviti ini , kami menggambarkan situasi mengenai sekumpulan kawan yang berkhemah. Ketika malam perkhemahan, kami ingin menghidupkan unggun api dan membuat bulatan sambil menyanyi dan membakar makanan. Ketika asyik berseronok, terdapat beberapa makhluk yang datang menyerang. Di dalam situasi ini, saya melakonkan seorang kawan yang menyanyi bersama sama sambil membakar makanan.



No comments:

Post a Comment