INTRODUCE YOUR PARTNER
Pada minggu ini, terdapat aktiviti yang dinamakan "Introduce Your Partner". Dalam aktiviti , kami harus bercerita bersama pasangan dalam 2 minit setiap seorang. Cerita tersebut ialah apa yang terlintas didalam fikiran. Kemudian, kami mesti menceritakan semula apa yang diceritakn oleh pasangan tanpa menokok tambah. Pasangan saya untuk aktivigi ini ialah Chami. Aktiviti ini telah mendidik sifat jujur dan yakin dalam menceritakan sesuatu tanpa menokok tambah.
TRUST YOUR PARTNER
Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan yang mana salah seorang mestilah menutup matanya dan seorang lagi membimbingnya. Yang menutup mata mestilah menceritakan sesuatu yang terlintas di fikiran. Aktiviti ini dinamakan "Trust Your Partner" kerana ketika aktiviti dilakukan, pemain yang menutup mata akan melalui pelbagai halangan dan dia mestilah mempercayai pasangannya dalam melalui halangan tersebut. Aktiviti ini bertujuan untuk mempercayai pasangan tanpa ragu ragu.
No comments:
Post a Comment