ROPE AND COIL
"Rope and Coil" ialah sejenis permainan yang berdiri di atas bulatan rope. Permainan ini mestilah dilakonkan seolah olah kita berada di dalam situasi yang sebenar. Permainan ini bertujuan untuk meningkatkan mental dan keyakinan diri juga dapat mencungkil bakat lakonan. Permainan ini juga memerlukan kerjasama terutama apabila terdapat situasi yang harus menyusun bulatan mengikut nama tanpa melepaskan tangan. Aktiviti- aktiviti tersebut mengajar diri untuk menjadi lebih yakin dalam lakonan,
IMPROPTU ACTING
Aktiviti "Improptu Acting" pula memerlukan pasangan dan harus dilakonkan menggunakan prop yang dipilih oleh setiap pemain. Permainan ini dapat mencungkil bakat lakonan serta meluaskan imaginasi. Ini terhasil melalui prop yang dipilih.
Pasangan saya ialah Chami ketika melaksanakan aktiviti ini. Saya memilih bekas dvd manakala Chami memilih bongkah kabus yang berbentuk batu. Berdasarkan video tersebut, situasi itu menceritakan tentang saya datang ke arah Chami untuk mengajaknya mendengar DVD kepunyaan saya namun Chami menolak permintaan tersebut. Namun saya mendesak dan terus mendesak sehingga menimbulkan kemarahan Chami lalu Chami membaling baru ke arah saya.
No comments:
Post a Comment